InsyaAllah jika ada rezeki isteri, kemungkinan kami sekeluarga akan berangkat ke luar negara. Ini kerana beliau telah mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran peringkat PhD. Kalau diikutkan banyak betul perbelanjaan permulaan nak didahulukan.
Semalam, selepas meneliti borang permohonan Permit Kerja (dikira sebagai bekerja walaupun belajar) dan Pemaustatin di negara tersebut peghh...mahalnya 'fee' yang dikenakan, itu belum masuk visa dan pasport lagi. Walaubagaimanapun, aku yakin Allah akan mempermudahkan perjalanan ini insyaAllah.
Seronok juga berhijrah ke negara orang, sekurang-kurangnya dapat timba pengalaman baru selain itu mencari kaedah baru dalam perawatan (urut,bekam atau kiro) disana. Sekurang-kurangnya bolehlah dipraktikan apabila kembali ke Malaysia. Selalunya aku ke negara orang atas urusan kerja, pernah ke Singapura,Brunei, Acheh, Palembang dan paling jauh adalah ke South Africa (Cape Town,Durban dan Johannesburg), itu pun paling lama 2 minggu, kini insyaAllah akan menetap pula sekurang-kurangnya 4 tahun hemm...macamanalah rasanya ye.
Banyak benda selain wang hendak difikirkan, kereta yang baru berusia 2 tahun, rumah sewa yang perlu dikosongkan, kediaman dan persekolahan anak disana nanti bla..bla..bla..bla..
So aku ingat nak jual sebanyak mungkin barang-barang dirumah ini. Kalau ada yang berminat hubungi aku tetapi semua Cash & Carry ye, aku tak nak wat penghantaran pulak hehehe..
0 comments:
Post a Comment