Dah dekat 2 minggu aku berhenti kerja, Alhamdulillah tenangnya tak dapat aku gambarkan. Walau agak sibuk dengan Santai dan kerja ID di salah sebuah bunglo di Seksyen 7 tetapi masa agak terurus.
Tekad yang kuat bahawa rezeki dari Allah betul-betul mengubah persepsi aku selepas 15 tahun berkhidmat 'makan gaji'.. Benarlah bahawa rezeki selepas berhenti kerja ini datangnya dari pelbagai arah, cuma kena pandai nak mengaturnya sahaja. Walaubagaimanapun, Allah akan menguji juga dan aku perlu sentiasa redha atas segala apa yang diberi olehNya.
Sokongan rakan-rakan dan pembaca blog yag dah lama tak diupdate nie amat-amat dialukan.

0 comments:
Post a Comment