Pages

Sunday, December 26, 2010

Catatan 20 - Sesuatu yang baru

Kebelakangan ini aku banyak memikirkan mengenai apa yang perlu dilakukan apabila usia menjangkau 40 tahun. 17hb Disember lalu dapat perkhabaran yang menyedihkan apabila salah seorang sahabat (batch yang sama) belajar di ITM 1992 telah kembali ke Rahmatullah akibat serangan jantung. Aku rasa umurnya baru menjangkau 38 tahun.

Berapa lama hayat aku pula? Apa yang aku inginkan dalam hidup ini?

Terus -terang aku dah tak 'larat' bekerja makan gaji lagi.... Pernah cuba ceburi bidang MLM dengan harapan dapat mengubah nasib tetapi tiada jodoh nampaknya. Aku ada lesen untuk mengajar Senaman Tua, dan teringin untuk menjadikannya satu pekerjaan tetapi nampaknya bukan mudah rupanya penerimaan orang ramai mengenai senaman tradisional ini.



Pernah adakan kelas secara percuma dalam bulan 6 lepas, mula-mula saja kehadiran menggalakan tetapi apabila kelas bercuti kerana puasa dan raya, langsung tak ada seorang pun yang hadir. Aku tak berputus asa kerana kalau tak ada kelas aku pun culas juga nak mempraktikkan Senaman Tua ini. Melalui blog yang khusus aku adakan untuk Senaman Tua iaitu 'Bila Naga Berlabuh' dan iklankan di Kompleks PKNS Shah Alam selama sebulan , alhamdulillah kini sudah ada 3 pengamal yang berdaftar untuk mempelajari Senaman Tua dan aku telah mula kenakan bayaran. InsyaAllah akan di usahakan untuk menambah lagi bilangan pengamal.

Pada masa yang sama, aku juga telah mempelajari urut ratradisional dan pulih tenaga batin, berbekam, diagnos tapak tangan serta kiropraktik. Nampaknya aku berat kearah ilmu perawatan alternatif. Aku juga berjinak-jinak pula dengan HPA untuk mendalami ilmu perawatan dan herba.

Aku rasa ini mungkin 'retirement plan' aku kut?

Jadi aku set'target' untuk menjadi perawat alternatif sebelum menjelang umur 40. Moga-moga Allah memberkati perancangan dan usaha aku.

Kalau berminat boleh layari

0 comments: