Pages

Friday, June 5, 2009

Catatan 15 - Mari belajar Khat

Pelajaran pertama membuat garis lurus

Aku mula belajar khat Nasta'liq/Farisi dari seorang Iran bernama Syed Redza, tapi baru bertatih terpaksa tamatkan kerana kesibukan tugas dan kemudian nya dia berhenti bertugas di tempat kerja aku. Alhamdulillah, kini di bawah badan kebajikan staff telah diadakan kelas Khat Nasakh yang di pimpin oleh Ust. Hanan.

Ramai jugak yang mendaftar, rasa seronok juga belajar khat sebab benar-benar mengajar kesabaran dan ketelitian dalam penulisan. Mula-mula di ajar bagaimana nak meraut 'handam' sejenis batang kayu dari jenis paku-pakis. Bukan senang nak merautnya tetapi kalau sentiasa meraut insyaAllah tidak menjadi masalah. Memang boring sikit pada awalnya sebab asyik kena buat garisan lurus lepas tuh bulat-bulat, sebenarnya itu adalah latihan untuk menjaga konsistensi tangan dan mengagak dakwat semasa menulis.

Cara-cara meraut lebih kurang lah..

1. Mesti yang keras atau dah kering/tua
2. Guna mata pisau yang tajam
3. Ada ukuran menggunakan kertas tapi aku tak ingat lah, cuma rasa-rasanya dalam 2 inci jugak untuk menentukan kawasan yang nak di raut tuh.
4. Potong kena tekan kuat hingga hilang 'line putih'
5. Kecondongan mata handam mengikut keselesaan penulis. Potong kena sekali sahaja hujung mata handam itu.
6. Kena gosok mata handam dengan kertas pasir supaya 'smooth' mata handam tersebut.
7. Kecondongan mata handam untuk menulis khat Nasakh adalah dalam 20%-30% - aku agak jugak nie..

Lebih kurang lah tuh, teori payah sikit tapi kalau praktikal InsyaAllah boleh buat.

Khat Nasakh adalah khat asas yang aku kena belajar. Menurut Ust Hanan, ianya lebih mudah berbanding dengan jenis khat lain seperti Thuluth, Kufi, Riqa'ah dan sebagainya. Ianya sering di gunakan dalam penulisan sebab cantik dan mudah di baca. Ini adalah asas sebenarnya sebelum melangkah kepada jenis khat yang lain.

Aku terlepas kelas minggu ini sebab aku berada di Palembang atas urusan kerja..haa nanti cite pasal Palembang pulak ek. InsyaAllah aku cuba 'catch-up' dengan Ustaz Hanan.

0 comments: