Haa..sambung balik pasal Vespa aku nih, lepas dekat sebulan aku tunggu maka siap lah vespa. Aku pergi ambil pada 11/04/2009. Aku minta kawan sekerja aku hantarkan ke PJOne. Sesampai je di bengkel tersebut, aku di minta untuk memeriksa vespa kalau-kalau ada yang perlu di tambah. 'So far' tak ada apa yang aku nak komplen pasal aku pun bukan tahu sangat pun tentang vespa nih. Cuma aku perasan, clutch agar ketat dan meter tidak ditukarkan. So aku pun minta Eddie tolong pasangkan meter baru dan 'cable'nya sekali. Member yang hantar tadi pun menunggu sama, lagipun di luar sana hujan.
Saat itu aku masih tak banyak tahu tentang enjin vespa ini, so bulat-bulat aku serahkan pada PJOne 'settle'kan enjin tuh. Masa nak bawak balik dari PJOne ke Shah Alam, enjin mati tiba-tiba kat Shell Batu Tiga aduii... hari nak hujan pulak, lepas tuh phone kena 'bar' sebab dah sampai 'limit'. Peghh...dugaan betulll...Last sekali aku bayar bangla pam minyak RM 10 untuk 'top up' handphone dia sebab aku nak telipon Eddie. Dekat sejam jugak aku menunggu, barulah uncle dari PJOne datang. 'Check' punya 'check' rupa-rupanya wayar dari 'plug' ke 'plug coil' tercabut itu aje.. Uncle tuh kata pusing kuat sikit, nanti boleh jalan balik. Pelik juga macam mana boleh tercabut?? Tapi aku tak kisah le janji boleh jalan. Sampai jugak ke rumah. Hari-hari berikutnya aku menghadapi masalah sama iaitu enjin mati sebab wayar tercabut. Masalah lain yang timbul pulak ialah enjin terasa berat, meter tak lepas 40 km geram betulll..... Aku tak jumpa cara nak selesaikan masalah ini so terpaksalah biarkan vespa tuh tersadai kat rumah.
Aku bertanya member sekerja aku, Yazit yang ada pakai vespa, dia kata dia akan kenalkan aku dengan pomen vespa dia, masalahnya pomen tuh kat Tanjung Karang aduiii.. pening jugak aku memikirkan macamana nak bawak ke Tanjung Karang nih. Kalau nak sewa lori mesti mahal. Aku cuba masukkan ke dalam Kia Sportage aku tapi tak boleh jugak, puas aku pusingkan body vespa tuh tapi tak boleh jugak. Pikir punya pikir, aku pun 'call' driver van tempat aku kerja, nasib baik Abg Zamrin nak tolong. Pagi-pagi 2hb Mei, aku dengan Abg Zamrin bawak vespa ke Tanjung Karang, Rahman pomen vespa tuh dah maklumkan yang dia akan tunggu di rumahnya.
Jam 9.15 lebih kuranglah aku sampai ke destinasi, Rahman jemput dengan vespanya, boleh tahan klasik juga mamat ni punya vespa. Sesampai di perkarangan rumah dia, walawehhh banyak nye vespa, kagum sekejap aku. Bila dia test vespa aku, sekali dia boleh cerita dari mula sampai awal tentang kemungkinan masalah enjin vespa aku, kemudian masa dia pulas minyak, ekzos keluat berketul-ketul warna hitam, aku ingat karbon kut. Rahman kata ini punca mengapa vespa aku semput dan tak boleh lari laju. Masalah wayar tercabut tuh dia kata, cina PJOne tuh tak sepatutnya pasang 'plug coil' pada 'body' dia mesti di enjin...
Bersambung lah pulak...
0 comments:
Post a Comment