Doesn't matter how busy life gets, save some moment for sweet thoughts
Sunday, June 7, 2009
Mutiara kata 1
Cintailah sesuatu itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika - Maksud Hadis
Aku mula belajar khat Nasta'liq/Farisi dari seorang Iran bernama Syed Redza, tapi baru bertatih terpaksa tamatkan kerana kesibukan tugas dan kemudian nya dia berhenti bertugas di tempat kerja aku. Alhamdulillah, kini di bawah badan kebajikan staff telah diadakan kelas Khat Nasakh yang di pimpin oleh Ust. Hanan.
Ramai jugak yang mendaftar, rasa seronok juga belajar khat sebab benar-benar mengajar kesabaran dan ketelitian dalam penulisan. Mula-mula di ajar bagaimana nak meraut 'handam' sejenis batang kayu dari jenis paku-pakis. Bukan senang nak merautnya tetapi kalau sentiasa meraut insyaAllah tidak menjadi masalah. Memang boring sikit pada awalnya sebab asyik kena buat garisan lurus lepas tuh bulat-bulat, sebenarnya itu adalah latihan untuk menjaga konsistensi tangan dan mengagak dakwat semasa menulis.
Cara-cara meraut lebih kurang lah..
1. Mesti yang keras atau dah kering/tua 2. Guna mata pisau yang tajam 3. Ada ukuran menggunakan kertas tapi aku tak ingat lah, cuma rasa-rasanya dalam 2 inci jugak untuk menentukan kawasan yang nak di raut tuh. 4. Potong kena tekan kuat hingga hilang 'line putih' 5. Kecondongan mata handam mengikut keselesaan penulis. Potong kena sekali sahaja hujung mata handam itu. 6. Kena gosok mata handam dengan kertas pasir supaya 'smooth' mata handam tersebut. 7. Kecondongan mata handam untuk menulis khat Nasakh adalah dalam 20%-30% - aku agak jugak nie..
Lebih kurang lah tuh, teori payah sikit tapi kalau praktikal InsyaAllah boleh buat.
Khat Nasakh adalah khat asas yang aku kena belajar. Menurut Ust Hanan, ianya lebih mudah berbanding dengan jenis khat lain seperti Thuluth, Kufi, Riqa'ah dan sebagainya. Ianya sering di gunakan dalam penulisan sebab cantik dan mudah di baca. Ini adalah asas sebenarnya sebelum melangkah kepada jenis khat yang lain.
Aku terlepas kelas minggu ini sebab aku berada di Palembang atas urusan kerja..haa nanti cite pasal Palembang pulak ek. InsyaAllah aku cuba 'catch-up' dengan Ustaz Hanan.
Dalam melalui kehidupan ini, aku sentiasa percaya bahawa perjalanan yang telah di rencanakan ini ada sebab dan musababnya, mengapa aku mesti laluinya. Kalau dahulu mungkin aku sentiasa merungut atas ketidak selesa nya musibah yang datang menimpa tetapi selepas berlaku titik hitam dalam perkahwinan pertama aku dahulu, banyak perkara membuat aku terfikir mengapa?
Kadang-kadang aku merancang itu dan ini tapi yang datang lain dan aku sentiasa menganggapnya sebagai satu dugaan dari Allah atas dosa-dosa aku sebelum ini. Aku redha dan pasrah walaupun hati kecil ini kadang-kadang berdetik juga persoalan mengapa? Aku sedang melalui satu transformasi dalam kehidupan yang aku yakini bahawa perubahan itu adalah dari kejahilan kepada sebuah kehidupan Islam yang sempurna. Banyak yang perlu dan telah aku pelajari, alhamdulillah ketika ini, perjalanan itu sedang menuju kearah yang memang aku nantikan. Cuma dalam perjalanan ini aku ketemu perkara-perkara yang aku kadang-kala tidak tahu samada adakah ini satu dugaan lagi atau memang aku perlu melaluinya? Tetapi apa yang bakal aku tempuh ini adalah sesuatu yang agak rumit walaupun ianya mampu mencapai matlamat yang aku kehendaki tetapi mungkin caranya berbeda dan tetap akan menimbulkan persoalan mengapa?
Jauh di sudut hati ini meletak harapan yang tinggi supaya aku mampu melaluinya tetapi adakah apa yang aku hajatkan ini akan tercapai? Aku mampu tanamkan harapan tetapi belum tentu aku mampu tunai kan hajat ke atas harapan tadi....
Haa..sambung balik pasal Vespa aku nih, lepas dekat sebulan aku tunggu maka siap lah vespa. Aku pergi ambil pada 11/04/2009. Aku minta kawan sekerja aku hantarkan ke PJOne. Sesampai je di bengkel tersebut, aku di minta untuk memeriksa vespa kalau-kalau ada yang perlu di tambah. 'So far' tak ada apa yang aku nak komplen pasal aku pun bukan tahu sangat pun tentang vespa nih. Cuma aku perasan, clutch agar ketat dan meter tidak ditukarkan. So aku pun minta Eddie tolong pasangkan meter baru dan 'cable'nya sekali. Member yang hantar tadi pun menunggu sama, lagipun di luar sana hujan.
meter baru dan enjin yang sudah di 'over haul'
Saat itu aku masih tak banyak tahu tentang enjin vespa ini, so bulat-bulat aku serahkan pada PJOne 'settle'kan enjin tuh. Masa nak bawak balik dari PJOne ke Shah Alam, enjin mati tiba-tiba kat Shell Batu Tiga aduii... hari nak hujan pulak, lepas tuh phone kena 'bar' sebab dah sampai 'limit'. Peghh...dugaan betulll...Last sekali aku bayar bangla pam minyak RM 10 untuk 'top up' handphone dia sebab aku nak telipon Eddie. Dekat sejam jugak aku menunggu, barulah uncle dari PJOne datang. 'Check' punya 'check' rupa-rupanya wayar dari 'plug' ke 'plug coil' tercabut itu aje.. Uncle tuh kata pusing kuat sikit, nanti boleh jalan balik. Pelik juga macam mana boleh tercabut?? Tapi aku tak kisah le janji boleh jalan. Sampai jugak ke rumah. Hari-hari berikutnya aku menghadapi masalah sama iaitu enjin mati sebab wayar tercabut. Masalah lain yang timbul pulak ialah enjin terasa berat, meter tak lepas 40 km geram betulll..... Aku tak jumpa cara nak selesaikan masalah ini so terpaksalah biarkan vespa tuh tersadai kat rumah.
Aku bertanya member sekerja aku, Yazit yang ada pakai vespa, dia kata dia akan kenalkan aku dengan pomen vespa dia, masalahnya pomen tuh kat Tanjung Karang aduiii.. pening jugak aku memikirkan macamana nak bawak ke Tanjung Karang nih. Kalau nak sewa lori mesti mahal. Aku cuba masukkan ke dalam Kia Sportage aku tapi tak boleh jugak, puas aku pusingkan body vespa tuh tapi tak boleh jugak. Pikir punya pikir, aku pun 'call' driver van tempat aku kerja, nasib baik Abg Zamrin nak tolong. Pagi-pagi 2hb Mei, aku dengan Abg Zamrin bawak vespa ke Tanjung Karang, Rahman pomen vespa tuh dah maklumkan yang dia akan tunggu di rumahnya.
Perkarangan rumah Pomen Rahman, Tg. Karang
Jam 9.15 lebih kuranglah aku sampai ke destinasi, Rahman jemput dengan vespanya, boleh tahan klasik juga mamat ni punya vespa. Sesampai di perkarangan rumah dia, walawehhh banyak nye vespa, kagum sekejap aku. Bila dia test vespa aku, sekali dia boleh cerita dari mula sampai awal tentang kemungkinan masalah enjin vespa aku, kemudian masa dia pulas minyak, ekzos keluat berketul-ketul warna hitam, aku ingat karbon kut. Rahman kata ini punca mengapa vespa aku semput dan tak boleh lari laju. Masalah wayar tercabut tuh dia kata, cina PJOne tuh tak sepatutnya pasang 'plug coil' pada 'body' dia mesti di enjin...
Sempena hari Ibu hari ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat mak aku dan mak mertua serta semua ibu-ibu, emak-emak, umi-umi di seluruh dunia. Aku menyayangi Ibu meskipun aku tahu,rasa sayang ini belumlah sebanding dengan kasih sayangmu….
Terimalah nasyid dari Hijjaz -" Belaian Ibu" semoga Allah merahmati dan memanjangkan usia mu untuk melihat perjalanan kehidupan anak mu ini.
SAYANGI LAH IBU SEMENTARA MASIH ADA. JIKA TELAH TIADA,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG SAHAJA IBU KANDUNG. Nak tahu lebih lanjut, sila klik sini..
9hb Mac 2009 merupakan hari bersejarah kerana bukan sahaja ianya bersempena Maulidur Rasul tetapi I got new toy!. Dah lama mengidam tetapi baru kali ini dapat nak merasanya.
Amendenya??? VESPA! Yeah! VESPA! Sebelum tarikh tuh memang aku dah dok merewang dalam internet mencari-cari vespa hinggalah terjumpa satu yang betul-betul menarik perhatian aku dalam www.mudah.my. Lokasi Bentong Pahang, harga agak tinggi tetapi melihat condition vespa tersebut (dibawah) mungkin berbaloi dengan harga tersebut kut?? tetapi aku cuba juga lah minta harga 'patut' manalah tahu dia boleh bagi..
Gambar dalam Mudah.my
Pikir punya pikir, aku pun bagitahu wife kata nak pergi Bentong usha motor tapi aku tak bagitahulah jenis apa hehehe.. Setelah berjanji dengan tuan yang empunya vespa, pagi 9hb Mac aku bertolak bersama keluarga ke Bentong, cuaca Alhamdulillah tak panas dan tak lah mendung sangat. Masa mula sampai ke rumah pakcik Jalil ni, aku ada nampak satu vespa baru warna putih, wife aku tanya " Nak beli motor tuh ke??" aku senyum je kat dia..
Sejarah Vespa nie memang menarik sebab menurut Pakcik Jalil beliau beli vespa ini sekitar tahun 1976 di Kuala Lumpur dan tidak pernah keluar dari Bentong sehinggalah hari yang aku datang nak beli vespa tersebut. Pakcik Jalil seorang yang amat cermat dan menurut anak beliau, tidak ada seorang pun termasuklah beliau sendiri boleh membawa vespa tersebut dan ini bermakna aku adalah 'owner' kedua selepas 33 tahun...peghhh.
Selepas minum pagi dan berborak dengan Pakcik Jalil aku 'survey' condition vespa tersebut sambil pakcik Jalil beri beberapa penerangan dan petua mengenai vespa kesayangan beliau. Pakcik Jalil ingat aku datang nak tengok-tengok je dulu, tapi aku dah buat keputusan yang vespa ini adalah milik aku. Selepas selesai belek-belek vespa (aku sendiri pun tak pernah naik vespa) aku cakap kat pakcik yang aku akan terus 'angkat' vespa tersebut, cuma masalahnya aku tak ada helmet. Maka dengan rasa malu teramat aku terpaksa mintak helmet pakcik " Aihh..tak bawa helmet ke?" aku cuma mampu tersenyum, kemudian pakcik Jalil bagi helmet 'steng' kepada aku. Terus-terang aku sendiri tak confident nak bawak dari Bentong ke Setia Alam tapi entah le..tawakkal je.
Memang mencabar betul lalui Karak Highway nie, kena pulak lori besar-besar lalu sebelah peghh.. gile betul tetapi Alhamdulillah selamat jugak aku sampai ke Setia Alam. 2-3 hari selepas itu ada pula masalah engine, asyik mati memanjang aduii.. Aku hantar ke PJOne Motor dekat Taman Maju, mintak tuan punya kedai Eddie, bikin semua termasuk cat, tukar wiring dalam dan apa-apa yang patutlah janji boleh gerak vespa tuh. Oklah juga dia punya 'charge' tapi alhamdulillah within budget aku le. Dekat 3 minggu lebih aku tinggalkan vespa kat woksyop Eddie nie, dia hantar jugak gambar-gambar melalui email untuk rekod aku
Gambar sebelum di buka - 23 March 2009
Gambar selepas di buka dan di cat - 08 April 2009
Ini gambar organ dalaman Vespa aku
Seronok juga bila dapat tengok perkembangan pemulihan vespa aku nih. Tiap-tiap hari aku berdebar dan tak sabar-sabar menunggu siapnya vespa aku macam menanti wife aku bersalinlah pulak hehehe.
Rasanya adalah dalam sebulan aku mengenali brotherhood-arts.blogspot.com nie, aku cukup kagum betul dengan keupayaan group ini untuk membuka minda dan 'trend' remaja Islam melalui fesyen, sekurang-kurangnya selain dari Busana Muslimah yang lebih kepada fesyen-fesyen jubah kini adalah juga pakaian alternatif untuk remaja-remaja (retua juga) muslim.
Baru-baru ni, aku tempah 5 jenis T-Shirt sebab berkenan sungguh dengan design dan mesejnya. Semalam selepas dua hari tempahan , aku terima bungkusan sederhana besar yang tertera logo dan alamat syarikat mereka
Apa lagi, aku terus buka kotak dan jeng!jeng!jeng!... memang puas hati betul dengan kualiti T-Shirt tersebut.
Jangan tunggu lagi..bukan sahaja T-Shirt untuk lelaki tetapi untuk perempuan juga ada dan desain depa memang klasss... klik ikon bawah untuk melihat produk2 hebat mereka Nak tahu lebih lanjut, sila klik sini..
Astaghfirullah! while 'khusyuk' praying, this guy (or should I call him a moron?) forgot what is written at the back of his T-Shirt.. Nak tahu lebih lanjut, sila klik sini..